Sila baca dokumen ini dengan teliti. Ianya amat penting bahawa anda membaca dan memahami terma dan syarat ini. Dengan tandakan kotak ini yang bermaksudnya anda menerima terma dan syarat di sini dan akan meneruskan permohonan anda untuk sertai program afiliasi kami, anda bersetuju (tertakluk kepada penerimaan kami ke atas permohonan anda) ke atas terma dan syarat di bawah. Sekiranya anda tidak bersetuju dengan terma dan syarat (ataupun tidak dibenarkan untuk bertindak sedemikian) anda tidak harus meneruskan permohonan anda. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai program afiliasi kami ataupun terma dan syarat ini, sila hubungi Pakar Sokongan Afiliasi yang berkenaan.
PERJANJIAN ini memperincikan semua terma dan syarat pelanggan untuk Program Afiliasi Play88. "Anda", "sekutu", “afiliasi” merujuk kepada anda, individu, kumpulan atau entiti korporat yang mendaftar dengan kami sebagai sekutu di bawah PERJANJIAN ini, dan ini akan dianggap merangkumi mana-mana pekerja, pegawai, pengarah, pemegang saham, pemilik, pihak pengendali dan gabungan individu dan entiti (dan "anda" mempunyai makna yang sepadan)
Pendaftaran Anda
Untuk menyertai program afiliasi kami dan menjadi ahli Afiliasi Play88, anda perlu menerima terma dan syarat ini dengan tandakan kotak yang bermaksud anda menerima, mengisikan dan juga mengemukakan satu borang permohonan dalam talian. Borang permohonan ini merupakan sebahagian yang penting dari PERJANJIAN ini. Play88 akan menentukan sama ada kami akan menerima permohonan anda atau tidak mengikuti budi bicara yang ditetapkan di mana keputusan kami adalah muktamad dan kami tidak akan menerima sebarang rayuan. Play88 akan hubungi anda menerusi kaedah perhubungan yang anda memilih berkenaan dengan penerimaan pendaftaran anda.
Pendaftaran Pelanggan Anda
Play88 akan mendaftarkan semua Pelanggan anda dan menjejaki rekod transaksi mereka. Play88 berhak untuk menolak mana-mana pelanggan (atau membatalkan akaun mereka) sekiranya diperlukan untuk mematuhi sebarang peraturan yang ditetapkan secara berkala oleh Play88.
“Pelanggan” bermaksud pengguna-pengguna anda yang menyertai pangkalan data pelanggan kami (melalui cara mendaftar di satu atau lebih produk/laman web Play88 termasuk Kasino Langsung, Keno, Permainan Slot, Sportsbook dan Permainan Memancing) selepas mereka melanda di laman web kami yang berkenaan menerusi salah satu URL klik-tayang anda, yang akan diberikan kepada anda selepas anda berjaya sertai kami. Dengan membuka akaun di platform kami, mereka akan menjadi Pelanggan kami dan, semua peraturan, polisi, dan prosedur operasi kami akan dikuatkuasakan ke atas mereka.
Pembayaran Komisen
Tertakluk kepada jenis Pelan Komisen Afiliasi semasa yang ditandatangani atau ditawarkan semasa pembukaan akaun Afiliasi. Play88 akan membayar komisen rujukan ("Komisen Afiliasi") dari keuntungan bersih (selepas ditolak semua kos pembayaran, bonus dan yuran royalti). Play88 akan menjana keuntungan dari setiap pemain yang datang dari laman web anda setelah mereka membuka akaun di platform kami dan bertaruh wang benar pada mana-mana produk Play88. Sila rujuk Klausa 'Pengiraan & Pembayaran Komisen'.
Perubahan
Play88 boleh mengubah mana-mana terma dan syarat yang terdapat dalam PERJANJIAN ini atau menggantikannya pada bila-bila masa mengikut budi bicara kami, dengan menghantar notis perubahan atau PERJANJIAN baru di laman web kami, di mana Play88 akan maklumkan anda melalui alamat e-mel yang anda berikan semasa menyertai program afiliasi ini. Pengubahsuaian itu mungkin termasuk, contohnya, perubahan dalam skop tersedia untuk komisen rujukan dan peraturan program afiliasi ini. Sekiranya terdapat mana-mana perubahan yang anda tidak boleh menerima, satu-satunya pilihan anda adalah menamatkan PERJANJIAN ini. Penyertaan anda dalam program rujukan berikutan yang berterusan selepas pemberitahuan perubahan kami atau PERJANJIAN baru di laman web kami akan menjadi penerimaan yang terikat secara sah dengan pengubahsuaian atau PERJANJIAN baru.
Menghubungkan ke laman web Play88 kami
Dengan menyertai program afiliasi ini, anda bersetuju untuk mencipta dan mengekalkan pautan unik dari laman web anda ke laman web Play88. Anda boleh hubungkan pautan anda dengan kami melalui mana-mana iklan sepanduk , e-mel, artikel atau pautan teks yang berkaitan. Ini adalah satu-satunya kaedah yang boleh anda lakukan pengiklanan bagi pihak kami.
Spamming
Play88 akan menamatkan PERJANJIAN ini dengan segera tanpa sebarang rayuan sekiranya terdapat sebarang perbincangan berbentuk spam atau jika anda mengiklankan perkhidmatan kami dengan cara-cara selain daripada apa yang disebut. Anda tidak dibenarkan membuat sebarang tuntutan atau pernyataan, ataupun memberikan jaminan, berkaitan dengan kami dan anda tidak mempunyai kuasa untuk, dan tidak boleh, mengikatkan kami dengan sebarang kewajipan.
Pendaftaran Nama Domain
Anda juga tidak boleh mendaftar (atau memohon untuk mendaftar) nama domain yang serupa dengan nama domain yang digunakan oleh atau didaftarkan atas nama Play88, atau nama lain yang boleh dikenali sebagai Play88.
Pembidaan Terma Jenama
Anda tidak dibenarkan untuk menggunakan atau mendaftar atas nama Play88 untuk sebarang katakunci, istilah carian atau pengecam lain untuk digunakan di mana-mana portal enjin carian; Perkhidmatan iklan yang ditaja; saluran media yang sama atau serupa dengan mana-mana tanda dagangan Play88. Play88 berhak untuk menahan sebarang bayaran afiliasi dan/atau menangguhkan atau menutup akaun jika disahkan terdapatnya rakan sekutu yang melanggar mana-mana peraturan di atas.
Perlantikan Agensi
Dengan PERJANJIAN ini, Play88 memberikan anda hak-hak yang tidak eksklusif, tidak boleh diserahkan, untuk membawa Pelanggan-Pelanggan ke mana-mana satu laman web kami di bawah terma dan syarat PERJANJIAN ini. PERJANJIAN ini tidak memberikan anda sebarang hak istimewa atau hak eksklusif untuk membantu kami di bawah peruntukan perkhidmatan yang akan diwujudkan dari rujukan anda, dan Play88 berniat sejelasnya untuk jalankan kontrak dan mendapatkan bantuan pihak lain pada bila-bila masa untuk mendapatkan perkhidmatan yang sama atau serupa dengan anda. Anda tidak akan mempunyai sebarang tuntutan ke atas komisen rujukan atau pampasan lain untuk perniagaan yang dijamin oleh atau melalui orang atau entiti lain selain daripada anda.
Pelanggan yang mendaftarkan akaun dengan Play88 melalui pautan unik dan/atau ID afiliasi anda akan tetap berada di akaun afiliasi anda sebagai pelawat anda sehingga akaun tersebut diberhentikan ataupun ditamatkan, dan, dalam keadaan apa-apa pun, ia tidak boleh dipindah milik atau ditanggalkan.
Hasil Kreatif yang diluluskan
Anda hanya akan menggunakan hasil kerja kreatif iklan kami yang diluluskan (iklan sepanduk, HTML/flash mailers, kolum editorial, gambar dan logo) dan tidak akan mengubah penampilan mereka atau merujuk kepada kami dalam mana-mana bahan promosi selain daripada apa yang terdapat di laman web afiliasi Play88. Penampilan dan sintaks pautan pemindahan hiperteks akan direka dan ditetapkan oleh kami dan ia merupakan satu-satunya perwakilan laman web kami yang sah diterima dan dibenarkan.
Niat yang baik
Anda tidak akan mendapat keuntungan dari trafik yang diketahui atau disyaki tidak dihasilkan dengan niat baik, sama ada ia benar-benar menyebabkan sebarang kesan sampingan terhadap kita atau tidak. Play88 berhak untuk menahan semua jumlah terbabit yang disebabkan oleh anda di bawah PERJANJIAN ini sekiranya Play88 mempunyai sebab yang munasabah untuk mempercayai kewujudan trafik tersebut.
Play88 berhak untuk menahan pembayaran afiliasi dan / atau menangguhkan atau menutup akaun di mana Pelanggan terhasil dari afiliasi tersebut didapati menyalahgunakan sebarang tawaran atau promosi Play88 sama ada dengan atau tanpa pengetahuan anda, situasi seperti sedemikian merangkumi namun tidak terhad ke atas Pelanggan-Pelanggan berbeza yang bertaruh pada kedua-dua belah pihak dalam mana-mana satu perlumbaan atau pasaran untuk hadkan risiko dan menuntut bonus.
Tanggungjawab Ke Atas Laman Web Anda
Anda akan bertanggungjawab sepenuhnya atas pengembangan, operasi, dan penyelenggaraan laman web anda dan untuk semua bahan yang muncul di laman web anda. Sebagai contohnya, anda akan bertanggungjawab sepenuhnya untuk memastikan semua bahan yang disiarkan di laman web anda tidak beransur haram ataupun menyalahi undang-undang. Play88 akan menafikan semua liabiliti ke atas perkara-perkara ini. Selanjutnya, anda akan menanggung semua kerugian dan kami tidak akan dipertanggungjawabkan atas semua tuntutan, kerosakan, dan perbelanjaan (termasuk, tanpa batasan, yuran undang-undang) yang timbul secara langsung atau tidak langsung dari pengembangan, operasi, penyelenggaraan, dan kandungan laman web anda.
Program afiliasi Play88 ini hanya ditujukan bagi penyertaan langsung anda. Anda tidak boleh membuka akaun afiliasi bagi pihak peserta yang lain. Pembukaan akaun afiliasi untuk pihak ketiga, pembukaan broker akaun afiliasi atau pemindahan akaun afiliasi tidak diterima di sini. Kelulusan akan diberikan mengikut budi bicara kami sepenuhnya.
Infomasi rahsia
Sepanjang tempoh PERJANJIAN ini, anda mungkin akan diberikan maklumat sulit yang berkaitan dengan perniagaan, operasi, atau teknologi asas kami dan/atau program Afiliasi (termasuk, contohnya, Komisen Rujukan yang anda boleh perolehi di bawah program Afiliasi). Anda bersetuju untuk mengelakkan sebarang pendedahan atau penggunaan maklumat sulit sedemikian secara tidak sah kepada mana-mana orang ketiga atau pihak luar melainkan jika anda mempunyai persetujuan bertulis kami terlebih dahulu dan bahawa anda akan menggunakan maklumat sulit tersebut hanya untuk tujuan yang diperlukan untuk mencapai tujuan PERJANJIAN ini. Kewajipan anda berkenaan dengan melindungi maklumat sulit akan terus berlanjut selepas PERJANJIAN ini berakhir.
Komisen
Tartakluk kepada klausa ‘Promosi Yang Berterusan’, anda akan mendapat Komisen berdasarkan keuntungan bersih yang dijana dari Pelanggan-Pelanggan yang anda merujuk.
Komisen ahli afiliasi akan ditentukan berdasarkan Jumlah Keuntungan Bersih Permainan (NGR) yang dijana dari Pelanggan-Pelanggan yang dirujuk ke Play88 dan juga bilangan Pelanggan-Pelanggan Aktif pada bulan semasa itu.
Keuntungan Bersih Permainan ditakrifkan sebagai:
Jumlah nilai wang yang tinggal selepas Keuntungan Kasar Permainan ditolak dengan:
Sebarang Keuntungan Kasar Dikongsi Negatif pada mana-mana bulan tertentu akan ditambah balik ke dalam penyata ahli afiliasi pada bulan yang seterusnya.
Setiap Ahli Afiliasi mesti menjana komisen bernilai sekurang-kurangnya MYR 100 untuk berkelayakan bagi bayaran komisen.
Jumlah Komisen yang dijana oleh setiap Ahli Afiliasi yang bernilai kurang dari MYR 100 akan ditambah balik ke bulan yang seterusnya.
Play88 berhak mengubah peratusan Komisen Rujukan dan kaedah pengiraan Komisen sebagaimana yang dikehendaki oleh Play88, sesuai dengan klausa "Hak dan Kewajiban Play88" sub klausa "Pengubahsuaian".
Pengiraan Komisen yang akan dibayar
Permintaan Pembayaran Komisen
Kaedah Pembayaran Komisen
Semua Pembayaran Komisen akan dibayar dalam mata wang yang dipilih oleh anda semasa Akaun Afiliasi anda menjadi tersedia untuk kali pertama. Kaedah-kaedah di bawah adalah disyorkan kerana ianya tercepat dan termudah untuk pengeluaran wang dan juga boleh didapati di Play88:
Sekatan Pembayaran Komisen
Sekiranya mana-mana bayaran yang dibuat melalui kaedah pembayaran pilihan pertama Afiliasi tidak diterima tanpa kira apa-apa sebabnya, Play88 berhak untuk menahan bayaran komisen bagi Afiliasi tersebut dalam jangka masa tertentu.
Tarikh Pembayaran Komisen
Jumlah komisen akan dibayar kepada anda setiap bulan. Bayaran akan diselesaikan selewat-lewatnya pada 9hb setiap bulan. Pembayaran komisen akan dijalankan terus kepada anda mengikuti kaedah pembayaran pilihan anda yang dipilih oleh anda sewaktu proses permohonan.
Play88 berhak memilih kaedah pembayaran yang sesuai sekiranya kaedah pembayaran pilihan pertama tersebut tidak boleh lagi digunakan ataupun tidak tersedia di negara tertentu.
Syarat dan Penamatan
Tempoh PERJANJIAN ini akan bermula apabila anda diluluskan sebagai ahli afiliasi dan akan berterusan kecuali dan sehingga mana-mana pihak memberitahu pihak yang lain secara notis bertulis bahawa dia ingin menghentikan PERJANJIAN ini. Dalam keadaan sedemikian, PERJANJIAN ini akan dihentikan dengan serta-merta. Penamatan PERJANJIAN ini boleh dijalankan berdasarkan keinginan mana-mana satu pihak, dikuti dengan atau tanpa alasan. Demi tujuan pemberitahuan berkenaan dengan penamatan, pengiriman melalui e-mel boleh dianggap sebagai satu bentuk pemberitahuan bertulis yang berkuatkuasa dengan segera.
Akibat
Selepas penamatan, anda mesti hilangkan semua iklan sepanduk / ikon kami dari laman web anda dan menyahaktifkan semua pautan dari laman web anda ke laman web kami. Semua hak dan lesen yang diberikan kepada anda dalam PERJANJIAN ini akan dihentikan serta-merta. Anda akan mengembalikan kepada kami segala maklumat sulit dan setiap salinan yang berada di bawah simpanan, jagaan, dan kawalan anda dan juga akan hentikan penggunaan semua Cap kami.
Laman web yang tidak sesuai
Play88 boleh menamatkan PERJANJIAN ini sekiranya Play88 menentukan (mengikut budi bicara kami sendiri) bahawa laman web anda tidak sesuai. Maksud laman web yang tidak sesuai ini merangkumi, tetapi tidak terhad kepada, laman web yang: bertujukan kanak-kanak, memaparkan pornografi atau tindakan seksual lain yang tidak sah, promosikan keganasan, diskriminasi berdasarkan bangsa, jantina, agama, kewarganegaraan, ketidakupayaan, orientasi seksual, atau usia, aktiviti yang haram atau melanggar hak harta intelek. Selain daripada itu, sebarang URL yang mengandungi ‘Play88’ dalam domain juga tidak dibenarkan.
Akaun Duplikasi dan Rujukan Kendiri
Anda tidak boleh membuka lebih dari satu akaun afiliasi tanpa persetujuan bertulis kami terlebih dahulu dan anda juga tidak boleh mendapat komisen dari rujukan diri anda sebagai pemain melainkan jika terdapatnya kelulusan pengurusan Play88. Program ini bertujuan untuk mencari pemain-pemain ikhlas yang ingin mencari hiburan dan rekreasi di laman web Play88.
Anda akan menggunakan dan menampilkan pautan terkini yang disediakan oleh kami di semua halaman laman web anda dengan cara dan kedudukan yang disetujui oleh kami terlebih dahulu dan anda tidak akan mengubah bentuk, kedudukan atau operasi pautan tanpa kebenaran bertulis daripada kami terlebih dahulu. Anda layak mendapat Komisen berdasarkan aktiviti pemasaran Play88 anda yang berterusan. Play88 berhak untuk memotong kadar Komisen jika anda mengurangkan usaha anda dalam pengrekrutan Pelanggan baru. Penghentian atau pengurangan pemasaran laman-laman kami akan melambangkan penamaan PERJANJIAN ini.
Anda akan mempertahankan, menanggung kerugian, dan tidak menolak tanggungjawab kepada kami, semua pengarah, pekerja-pekerja dan wakil-wakil kami bagi sebarang dan semua liabiliti, kerugian, kerosakan dan kos, termasuk kos undang-undang, yang timbul daripada, atau dengan cara apa pun yang berkaitan dengan (a) sebarang pelanggaran jaminan anda, perwakilan atau istilah yang terkandung dalam PERJANJIAN ini, (b) pelaksanaan tugas dan kewajipan anda di bawah PERJANJIAN ini, (c) kecuaian anda atau (d) sebarang kecederaan yang disebabkan secara langsung atau tidak langsung oleh tindakan atau tidak ambil tindakan tertentu anda yang bersifat cuai atau sengaja, ataupun penggunaan iklan sepanduk dan pautan kami atau program Afiliasi ini yang tidak dibenarkan.
Play88 tidak akan memberi sebarang jaminan tersurat atau tersirat dan/atau representasi berkenaan dengan program Afiliasi, diri kita sendiri atau aturan pembayaran Komisen Rujukan (termasuk, tanpa dihadkan kepada fungsi, jaminan kesesuaian, kebolehdagangan, kesahan atau tidak pelanggaran), dan tidak menyatakan atau menyiratkan sebarang jaminan yang boleh timbul dari pelaksanaan, transaksi, atau penggunaan perdagangan. Di samping itu, Play88 tidak menyatakan bahawa operasi laman web kami tidak akan terganggu atau bebas dari kesilapan dan tidak akan bertanggungjawab ke atas akibat yang terbabit. Sekiranya terdapat perbezaan antara laporan yang ditampilkan dalam sistem afiliasi Play88 dan pangkalan data Play88, infomasi dari pangkalan data tersebut akan dianggap tepat. Play88 berhak untuk mengubah tempoh masa kitaran bil dan pengiraan komisen untuk memastikan kepentingan kedua-dua pihak dilindungi tanpa sebarang notis.
Play88 tidak akan bertanggungjawab atas secara kerosakan yang terjadi secara tidak langsung, khas, atau kerosakan berhubungan (atau kehilangan hasil, keuntungan, atau data) yang timbul berkaitan dengan PERJANJIAN ini atau program Afiliasi, walaupun Play88 sudah diberitahu tentang kemungkinan kerosakan tersebut. Selanjutnya, liabiliti agregat kami yang timbul berkenaan dengan PERJANJIAN ini dan program Afiliasi tidak akan melebihi Jumlah Komisen Rujukan yang dibayar atau akan dibayar kepada anda di bawah PERJANJIAN ini. Tiada apa-apa perkara dalam PERJANJIAN ini yang boleh ditafsirkan untuk memberikan hak, remedi atau faedah kepada mana-mana orang atau entiti yang bukan merupakan sebahagian daripada PERJANJIAN ini. Kewajipan kami di bawah PERJANJIAN ini bukan merupakan tanggungjawab peribadi pengarah, pekerja atau pemegang saham kami. Sebarang liabiliti yang timbul di bawah PERJANJIAN ini akan digantikan dengan sepenuhnya dari Komisen Rujukan yang terhasil dan hanya terhad kepada kerosakan langsung.
Undang-undang Berkuatkuasa Di Bawah Pentadbiran dan Arbitrasi
PERJANJIAN ini akan ditadbir dan dikuatkuasakan sama seperti undang-undang negara Filipina. Sebarang pendakwaan yang timbul berasal dari ataupun berkaitan dengan Terma dan Syarat ini:
Bahasa yang akan diguna untuk tujuan arbitrasi di sini adalah Bahasa Inggeris.
Sekiranya proses ini bermula dari Play88, salah satu pilihan sahaja yang Play88 akan mengambil ialah:
Sebagai Saksi
Dengan membaca terma dan syarat ini, dan mengakui kewujudannya dalam borang pendaftaran afiliasi, anda bersetuju dengan semua terma dan syarat yang terkandung di sini. Play88 berhak untuk menahan bayaran dari mana-mana ahli afiliasi yang melanggar sebarang terma dan syarat yang terkandung di sini.
Sekiranya terdapat sebarang pertikaian, dokumen asal ini dalam bahasa Inggeris akan menjadi rujukan.